Saturday, August 3, 2013

Al-Mahdi, Akulah Orangya







SABDA BAGINDA S.A.W "BUMI BENAR-BANAR AKAN DIPENUHI DENGAN KEZALIMAN. APABILA BUMI TELAH DIPENUHI DENGAN KEZALIMAN , MAKA ALLAH AKAN MENGIRIM SEORANG LELAKI YANG BERASAL DARI KETURUNANKU, YANG NAMANYA SAMA DENGANKU. LANTAS DIA MEMENUHI BUMI DENGAN KEADILAN SEBAGAIMANA BUMI DIPENUHI DENGAN KEZALIMAN. " 

(HR IMAM AHMAD,IBNU HIBBAN,HAKIM & ABU NAIM)


    Di tengah kehidupan manusia yang di belenggu dengan peristiwa-peristiwa besar dan berbagai-bagai fitnah yang melanda umat islam, di dalam kezaliman,kekacauan,pembunuhan,penindasan,musibah,dan kehancuran manusia,serta tanda-tanda akhir zaman yang semakin ketara,akan muncul seorang lelaki yang akan membawa manusia kembali kepada fitrah islam yang sebenar.
    Itulah lelaki yang disebutkan dalam hadis baginda s.a.w di atas.Seorang lelaki yang membawa gelaran Imam mahdi.Lelaki inilah yang akan menghamparkan bumi dengan kedadilan, keamanan dan menghapuskan kebatilan yang telah bermaharajalela. Persoalanya siapa sebanarnya imam mahdi? bagaimana pula dapat kita mengenal dirinya yang sebenar,dan membezakan dengan yang palsu? Apatah lagi melihat fenomena kini,semakin ramai orang mengaku sebagai imam mahdi yang disebutkan dalam hadis baginda s.a.w.
     Berdasarkan kepada ajaran islam sebenar yang berpandukan Ahli sunnah wal-jemaah(ASWJ) imam mahdi merupakan keturunan nabi s.a.w.Beliau akan dilahirkan oleh Allah s.w.t pada akhir zaman.Nama penuhnya sama dengan baginda s.a.w iaitu Muhammad bin Abdulah atau Ahmad bin Abdullah.Nasabnya pula dari keturunan Saidatina Fatimah binti Muhammad,daripada sebelah Saidina Hassan bin Ali r.a.Ketika muncuinya nanti Allah s.w.t akan mengurniakan pelbagai kebaikan.
    Perihal Imam Mahdi ini telah disebut banyak di dalam kitab-kitab hadis sahih,sunan,maiajim dan masanid.Sesetengah ulama mengasingkanya dalam kitab-kitab khusus berkenaan Imama Mahdi seperti Abu Nuiaim,al-Sayuti,Ibn Kathir,al-Syaukani dan lain-lain.Majoriti ulama Ahli Sunnah berpandangan hadis-hadis berkenaan Imam Mahdi mncapai darjat mutawatir secara maknawi.Oleh itu,beriman dengan kewujudannya adalah wajib.
       Tanda-tanda berkenaan kemunculan Imam Mahdi turut disebutkan oleh sebahagian ulama dalam karya-karya mereka.Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haithami,sebelum kemunculan Imam Mahdi  akan berlaku gerhana secara berturut-turut pada bulan ramadhan.Imam al-Qurtubi turut menyatakan dalam kitabnya al-Tazkirah bahawa akan berlaku 2 gerhana matahari di bulan ramadhan sebelum kedatangan al-Mahdi.
       Tegasnya,perlu diingat apa pun tanda kemunculan Imam Mahdi,umat islam tidak dituntut dan tidak perlu untuk mencari serta menunggu kemunculan Imam Mahdi.Ini semua merupakan urusan Allah s.w.t.Tanpa kehadiran Imam Mahdi sekalipun segala syariat Allah s.w.t telah sempurna dan wajib dilaksanakan oleh seluruh umat islam.Allah s.w.t sengaja merahsiakan dari arah manakah sebenarnyaakan muncul Imam Mahdi.Menurut para ulama yang penelitian terhadap perbagai riwayat,tiada satu pun dalil kukuh yang bolah mensabitkan dari arah mana Imam Mahdi akan muncul,sebelum beliau akan dibai'ah di kaabah.
      Bagaimanapun terdapat 3 pendapatdiperselisihkan oleh mereka.Pendapat pertama mengatakan Imam Mahdi akak keluar dari arah timur sebagaimana disebut oleh Ibn Kathir.Pendapat kedua,al-Mahdi akan muncul dari arah barat atau maghrib sebagaimana pandangan al-Qurtubi.Manakala pendapat ketiga mengatakan,Imam Mahdi berasal dari penduduk Madinah yang melarikan diri ke Mekah.Ia sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis lain,namun dalam sanadnya terdapat beberapa kecatatan.
       Kita boleh menyimpulkan bahawa ada hikmatnya tempat muncul Imam Mahdi itu disembunyikan oleh Allah s.w.t dari pengetahuan manusia.Barangkali ia sengaja tidak didedahkan bagi memelihara dan melindungi tempat atau negeri bakal lahirnya Imama Mahdi.Mungkin ia bertujuan agar terhindar dari segala perancangan dan niat jahat musuh-musuh islam.

No comments: