Wednesday, October 29, 2008

(awas, mengandungi unsur seram yang keterlaluan)

Tahyol paling besar zaman ini! Siapa sangka dalam zaman moden (malah ada yang kata dan masok post-modern) masih ramai lagi manusia yang percaya dengan perkara tahyol dan kurafat. Tok Iman kampong aku –Along Uyop – cakap, sesiapa yang percaya dengan kurafat ni boleh jatuh syirik. syirik itu bleh selewengkan akidah, boleh rosakkan iman. Maka, perkara tahyol ini mesti dibuang jauh - jauh. Tapi kini, aku melihat perkara tahyol ini makin berkembang dan membiak dalam masyarakat kini. Memang kepercayaan lapok ni ramai yang dah tak amal. Kuno, syirik, haram, dosa, neraka! tapi tak bermakna amalan lapok, dosa, neraka ini tak dipakai lagi. Cuma namanya sahaja yang ditukar supaya tak jadi dosa, malah jadi pahala! Tambah ajaib lagi, amalan tahyul ini dipakai oleh pak – pak menteri dan para sarjana dari University of Sintok! Terus dibai’ah sebagai dasar – dasar negara.
Tidak perlu untuk buka Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk paham tahyul ini. umumnya, tahyul adalah kepercayaan karut masyarakat ( folklore) yang disandarkan pada kekuatan metafizik yang berada di luar kawalan dan indera manusia. Mudahnya, percaya segala macam hantu – jembalang, pontianak, penanggal, antu kopek, toyol, monggol? - yang hanya dilihat oleh mereka yang percayakannya (atau yang penakut?). Tahyul juga wujud dalam bentuk pemujaan seperti puja nombor ekor, sembah kubur keramat, tilik nasib, mandi safar, dan beribu macam lagi sembah – sembah. Bahasa cerdiknya superstition - kepercayaan yang irrational bahwa kejadian di masa depan akan dipengaruhi oleh kejadian atau perilaku kita di masa kini, tanpa ada hubungan sebab akibat - Kucing hitam seringkali menjadi objek dalam superstition. Macamlah kucing tu ajaib sangat. Dan macam2 cara nenek moyang korang dulu pakai untuk halau sial. Sekarang ni pon pak menteri kita guna tahyol buat halau sial! Aku tak nak dituduh tukang buat fitnah. Maka aku khabarkan kisah yang mengandungi unsur – unsur mistik dan supernatural ini;
Maka kecohlah seluruh buana Negara Sekangkang Berok bagai digegar gempa, menceritakan perihal anak muda kini yang makin hari makin ramai yang dirasuk setan berita RTM (saluran Tipootemen Anda) melaporkan yang budak2 di utara Negara itu dah kerasukan. Budak2nya rambut mengerbang lepas ke pinggang, seluar jeansnya hanya sepasang, tu pon rabak bagai tak berwang, baik janta, betina masing – masing macam jembalang! Siap puja setan, macam la setan tu mak dieorang!
Surat khabar bUngkusan dan Berita Hairan pon tak ketinggalan buat liputan, dicanangnya yang belia kini dah sesat tak berTuhan, rupa – rupanya disampok setan pelesit, tu yang mereka siang malam dok merempit, celah lori pun mereka bleh selit, kereta Kancil senang2 diorang impit,bukan ape, lagi laju, lagi kuat awek kat belakang kapit!
Peninglah pak menteri, para bomoh dari kesatuan Bomoh Tipoo Negara (BTN) dan sarjana cerdik pandai dari University of Sintok duduk berbincang. Bagaimana nak selesaikan masalah kerasukan ini. puncanya dah dapat dikesan - jembalang Tanah, hantu raya dan agen yahudi dari Hollywood - yang cemburu dengan kesentosaan dan kegembiraan kita. Macamlah dieorang tu dah takde keje lain!
“Tapi bagaiman untuk menyembuhkan kerasukan nasional ini?” ujar Pak Menteri Sembam. Runsing sungguh air muka beliau.
“Kita patut asingkan budak2 yang lepas sekolah untuk kita pulihkan semangatnya,” terpancut idea BERNAS dari Pak Nur Din Kordi setiausaha Agong bomoh – bomoh Malaya yang pernah berura – ura nak jadi ahli majlis tertinggi parti Asal Uang Masok Negara Ok (AUMNO) .
“Wah, bijak sekali”! Sambut Timbalan Perdana Menteri merangkap menteri Kapal Selam. “Bagaimana pandangan PM?
“zzzzzzzzzz…” kata PM tanda setuju.
“Jadi siapa yang akan sediakan kem pulih semangat ni” Tanya Pak Menteri hidung belang.
“Siapa plak nak masak nasi untuk budak2 ni? Buat seragam? Basuhkan baju? Buat sijil? Bayar bomoh BTN? Lap pinggan?” berebut pak menteri aju soalan..
Tak pe, kita buak tender………jawap TPM dengan senyuman yang tak dapat ditahan2 lagi.
“Boleh PM?”
“zzzzz…..”PM.
Itulah barangkali situasinya dalam cabinet Negara yang amat runsing memikirkan masalah rasokan setan ini, sejak hari itu, budak budak lepas sekolah akan di masukkan dalam kem perlindungan untuk mengelakkan rasukan selama tiga bulan. maka sedikit masa lalu - tepatnya pada 30 Oktober 2002 - Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Program Latihan Khadam Negara..
….Dengan matlamat Bagi memupuk Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda., Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional, dan Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni..bertanyalah mamak di restoran Afaris Maju,
“Apa itu budak rempit2 sebab tarak semangat patriotism ka?
“ Itu integrasi nasional serupa itu barisan nasional ka? Mau bukin perpaduan tapi tarak mau gabung jadi satu”?
Lepas tiga bulan apa mau bikin..?
“Ini semua kerja orang percaya tahyol! Pakai ritual tiga bulan sudah cukup untuk selesai semua bala! Masalah dadah, rempit, judi,arak, perempuan,bohsia,bojan boleh selesai dengan ritual. Kurafat,kurafat, tahyol!!” marah Imam Along Uyup.
P/s; cerita ini adalah rekaan semata – mata tapi bukan untuk suka- suka.

Tuesday, October 21, 2008

Bulan berapa anda dilahirkan?Horoscope: Berdasarkan 25 Tahun Kajian Dr Fadzillah Kamsah

JANUARI : 1. Bercita-cita tinggi 2. Orangnya serius 3. Suka mendidik dan dididik 4. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik 5. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan 6. Suka smart, kemas dan teratur 7. Bersifat sensitif 8. Berfikiran mendalam 9. Pandai mengambil hati orang lain 10. Pendiam kecuali telah dirangsang 11. Agak pemalu 12. Daya tumpuan yang sangat tinggi 13. Mudah mendisiplinkan diri sendiri 14. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema 15. Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya 16. Cukup sayang pada kanak-kanak 17. Suka duduk rumah 18. Setia pada segala-galanya 19. Perlu belajar kemahiran sosial 20. Cukup cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI 1. Berfikiran abstrak 2. Sukakan benda yang reality dan abstrak 3. Inteligent, bijak dan genius 4. Berpesonality yang mudah berubah 5. Mudah menawan orang lain 6. Agak pendiam. 7. Pemalu dan rendah diri 8. Jujur dan setia pada segalanya9. Keras hati untuk mencapai matlamat 10. Tidak suka dikongkong 11. Mudah memberontak apabila dikongkong 12. Suka kegiatan yg lasak13. Emosinya mudah terluka dan sgt sensitif 14. Mudah mempamerkan marahnya 15. Tidak suka benda yg remeh-temeh 16. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya 17. Sangat berani dan suka memberontak 18. Bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya 19. Pemerhatian yg tajam 20. Suka hiburan dan sukan 21. Suka benda yg bersifat seni 22. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran 23. Berkecenderungan pd benda yg tahyul 24. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros 25. Belajar untuk mempamirkan emosi

MAC 1. Berpesonaliti yg menarik dan menawan 2. Mudah didampingi 3. Sgt pemalu dan pemendam rasa 4. Sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati 5. Sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran 6. Suka pada kedamaian 7. Sgt peka kepada orang lain 8. Sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain 9. Tidak cepat marah dan sangat amanah 10. Tahu balas budi dan tahu kenang budi 11. Pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam 12. Kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal 13. Suka berangan-angan 14. Suka melancong 15. Sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi 16. Kelam kabut dalam memilih pasangan 17. Suka dgn hiasan rumahtangga 18. Punya bakat seni dalam bidang muzik 19. Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jgn terlalu moody.

APRIL 1. Sgt aktif dan dinamik 2. Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal 3. Sgt menarik dan pandai manjakan diri 4. Punya daya mental yg sangat kuat 5. Suka diberi perhatian 6. Sgt diplomatik (pandai memujuk ). 7. Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org 8. Sgt berani dan tiada perasaan takut 9. Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah 10. Emosi cepat terusik 11. Try control the emotion 12. Kecenderungan bersifat dendam 13. Agresif, kelam kabut utk membuat keputusan 14. Kuat daya ingatan 15. Gerak hati yg sangat kuat 16. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain 17. Berpenyakit disekitar kepala dan dada 18. Sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI 1. Kekerasan hati & degil 2. Kuat semangat & bermotivasi tinggi 3. Pemikiran yg tajam 4. Mudah marah apabila tidak dikawal 5. Pandai menarik hati org lain & menarik perhatian 6. Perasaan yg amat mendalam 7. Cantik dr segi mental & fizikal 8. Tidak perlu dimotivasikan 9. Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain 10. Mudah dipujuk 11. Bersikap sistematik (otak kiri) 12. Suka berangan 13. Kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu 14. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit 15. Daya khayalan yg tinggi 16. Permikiran yg tajam 17. Pandai berdebat 18. Fizikal yg baik 19. Kelemahan sistem pernafasan 20. Suka sastera, seni & muzik serta melancong 21. Tidak berapa suka duduk dirumah 22. Tidak boleh duduk diam 23. Tidak punya ramai anak 24. Rajin dan bersemangat tinggi 25. Agak boros

JUN 1. Berfikiran jauh & berwawasan 2. Mudah ditawan krn sikap baik 3. Bersikap terus-terang 4. Berperangai yg lemah lembut 5. Mudah berubah sikap,perangai, idea & mood 6. Idea yg terlalu banyak dikepala 7. Bersikap sensitif 8. Otaknya aktif (sentiasa berfikir) 9. Sukar melakukan sesuatu dgn segera 10. Bersikap suka menangguh-nangguh 11. Bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik 12. Cepat marah &cepat sejuk 13. Berani dan tiada perasaan takut 14. Suka bercakap & berdebat 15. Pandai menawan dan memukau 16. Suka buat lawak & bergurau 17. Otaknya cerdas berangan-angan 18. Mudah berkawan & pandai berkawan 19. Org yg sangat tertib dan tulus 20. Pandai mempamerkan sikap 21. Mudah kecil hati 22. Mudah kena selsema 23. Suka berkemas dan bergaya 24. Cepat rasa bosan 25. Sikap terlalu memilih & cerewet 26. Kurang mempamerkan perasaan 27. Lambat nak sembuh apabila terluka hati 28. Suka kepada barang yang berjenama 29. Mudah menjadi eksekutif 30. Kedegilan yg tidak terkawal 31. Sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI 1. Sangat seronok didamping 2. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki 3. Agak pendiam kecuali diransang 4. Ada harga dan maruah diri 5. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan 6. Mudah dipujuk dan bercakap lurus 7. Sangat menjaga hati orang lain 8. Sangat peramah 9. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya 10. Berjiwa sentimental 11. Jarang berdendam 12. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan 13. Tidak suka benda remeh-temeh 14. Membimbing cara fizikal dan mental 15. Sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang 16. Layanan yg serupa dgn semua orang 17. Tinggi daya simpati 18. Pemerhatian yg tajam 19. Suka menilai org lain dgn pemerhatian 20. Mudah dan rajin belajar 21. Suka muhasabah diri 22. Suka megenangkan peristiwa atau kawan lama 23. Suka mendiamkan diri 24. Suka duduk dirumah 25. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan 26. Tak agresif kecuali terpaksa 27. Lemah dari segi kesihatan perut 28. Mudah gemuk kalau tak kawal diet 29. Minta disayangi 30. Mudah terluka hati tapi lambat pulih 31. Terlalu mengambil berat 32. Rajin dalam membuat kerja

OGOS 1. Suka berlawak 2. Mudah tertawan kepadanya 3. Sopan santun dan caring terhadap org lain 4. Berani dan tidak tahu takut 5. Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan 6. Pandai pujuk org lain 7. Terlalu pemurah & bersikap ego 8. Nilai harga diri yg sangat tinggi 9. Dahagakan pujian 10. Semangat juang yg luar biasa 11. Cepat marah & mudah mengamuk 12. Mudah marah apabila cakapnya dilawan 13. Sangat cemburu 14. Daya pemerhatian yg tajam & teliti 15. Cepat berfikir 16. Fikiran yg berdikari 17. Suka memimpin & dipimpin 18. Sifat suka berangan 19. Berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat 20. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk 21. Cepat apabila ditimpa penyakit 22. Belajar utk relax 23. Sikap kelam kabut 24. Romantik, pengasih, penyayang 25. Suka mencari kawan

SEPTEMBER 1. Sangat bersopan santun & bertolak ansur 2. Sangat cermat,teliti & teratur 3. Suka menegur kesilapan org lain & mengkritik 4. Pendiam tapi pandai bercakap 5. Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati 6. Sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur 7. Kerja yg dilakukan sangat sempurna 8. Sangat sensitif yg tidak diketahui 9. Org yg banyak berfikir 10. Daya pentaakulan yg baik 11. Otak bijak & mudah belajar 12. Suka mencari maklumat 13. Kawal diri dari terlalu mengkritik 14. Pandai mendorong diri sendiri 15. Mudah memahami org lain (daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia 16. Suka sukan, hiburan & melancong 17. Kurang menunjukkan perasaannya 18. Terluka hatinya sangat lama disimpan 19. Terlalu memilih pasangan 20. Sukakan benda yg luas 21. Bersistematik

OKTOBER : 1. Suka sembang 2. Suka org yg sayang padanya 3. Suka ambil jln tengah 4. Sangat menawan & sopan santun 5. Kecantikan luar & dalam 6. Tidak pandai berbohong & berpura-pura 7. Mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan 8. Sentiasa berkawan 9. Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama 10. Cepat marah 11. Macam pentingkan diri sendiri 12. Tidak menolong org kecuali diminta 13. Suka melihat dari perspektifnya sendiri 14. Tidak suka terima pandangan org lain 15. Emosi yg mudah terusik 16. Suka berangan & pandai bercakap 17. Emosi yg kelam kabut 18. Daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan) 19. Suka melancong, bidang sastera & seni 20. Pengasih ,penyayang & lemah lembut 21. Romantik dlm percintaan 22. Mudah terusik hati & cemburu 23. Ambil berat tentang org lain 24. Suka kegiatan luar 25. Org yg adil 26. Boros & mudah dipengaruhi persekitaran 27. Mudah patah semangat

NOVEMBER 1. Banyak idea dalam perkara 2. Sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya 3. Berfikiran kehadapan 4. Berfikiran unik dan bijak 5. Penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa 6. Pemikiran yg tajam 7. Daya firasat yg sgt halus dan tinggi 8. Bagus utk jadi doktor 9. Cermat dan teliti 10. Personality dinamik 11. Sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia 12. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra 13. Berani, pemurah setia dan byk kesabaran 14. Terlalu degil dan keras hati 15. Apabila hendak, diusahakan sehingga berjaya 16. Tak suka marah kecuali digugat 17. Mudah ambil berat terhadap orang lain 18. Pandai muhasabah diri 19. Cara berfikir lain dari org lain 20. Otak yg sangat tajam 21. Pandai mendorong diri sendiri 22. Tidak hargai pujian 23. Kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan 24. Apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya 25. Badan yg tough 26. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam 27. Romantik 28. Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang 29. Suka duduk dirumah 30. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi 31. Amanah, jujur setia dan pandai berahsia 32. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi 33. Bercita-cita tinggi 34. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER 1. Sangat setia dan pemurah 2. Bersifat patriotik 3. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan 4. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa 5. Bercita-cita tinggi 6. Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi 7. Seronok didampingi 8. Suka bercampur dgn org 9. Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai 10. Sangat jujur amanah dan bertolak ansur 11. Tidak pandai berpura-pura 12. Cepat marah 13. Perangai yg berubah-ubah 14. Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi 15. Benci pada kongkongan 16. Suka berlawak 17. Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

Saturday, October 11, 2008






Asssalamualaikum..........kali ni sye nk ajak korang sama2 blajar b.arab daa.....
dapat taw yg asas pun kira ok la kan,xla mencanak nanti bile tejumpa mat2 arab ......
korang klik link kt bwh ni tok pegi ke blog ustaz ni k(TAFADDOL MASYKURO)

Belajar bhs arab.......................(GO)