Wednesday, September 9, 2009

Kangen Band Pujaan Hati-2009



Kangen band, who does not know, the band came from a group of Lampung digawangi by Andika (vocal), Dodi (guitar), Tama (guitar), Novri (bass), Izzy (keyboard), iin (drums), and Heren (backing vokal), both known and berate them.

But the above diatribe is Kangen band is able to prove that they still exist in Indonesia's music, this time they are 3 to album titled "Heart worship" and still under the flag of a Warner Music issued a Kangen Band is the first time in 2007 ago.

This album was launched with the launch of a book about Kangen Band, entitled "Rahasia Kangen Band", and as the song hits its title track has been selected "Terbanglah Bersamaku".

Will they achieve the same success with his first album?

Track List:
01 Kangen Band Title Hits Song "Terbang Bersamaku".
02 Kangen Band Title Hits Song "Nilailah Aku".
03 Kangen Band Title Hits Song "Pujaan Hati".
04 Kangen Band Title Hits Song "Juminten".
05 Kangen Band Title Hits Song "Kau Tipu Aku".
06 Kangen Band Title Hits Song "Cinta Tak Bersalah".
07 Kangen Band Title Hits Song "Malam Minggu".
08 Kangen Band Title Hits Song "Hitam".
09 Kangen Band Title Hits Song "Satura".
10 Kangen Band Title Hits Song "Mei".
11 Kangen Band Title Hits Song "Maafkan".
12 Kangen Band Title Hits Song "Sambut Aku Dengan Cintamu".

                                                               

Monday, September 7, 2009

Selamat Menyambut Hari Nuzul al-Quran



 Hari ini 7 September 2009 bersamaan 17 Ramadhan 1430 Hijrah. 17 Ramadhan merupakan hari Nuzul Al-Quran. Apa itu hari Nuzul Al-Quran? Nuzul Al-Quran adalah hari dimana Al-Quran diturunkan buat pertama kali. Pada siapa Al-Quran diturunkan? Dimana? Apa ayat pertama yg diturunkan? Berikut ada artikel daripada Utusan online yang menulis sedikit sebanyak mengenai Nuzul Al-Quran.
UNTUK MENGHAYATI KEUNGGULAN AL-QURAN
HARI ini 17 Ramadan, umat Islam menyambut Nuzul al-Quran. Nuzul al-Quran ini diperingati kerana dalam sejarah kelahiran Islam pada malam sebelumnya Tuhan menerusi malaikat Jibril pertama kali menurunkan sepotong ayat suci yang kemudiannya dikenali sebagai al-Quran kepada Junjungan Besar Muhammad s.a.w.
Pada malam Nuzul al-Quran inilah ayat Iqrak diajar kepada Nabi s.a.w. yang ketika itu berada di Gua Hirak.
Dengan turunnya al-Quran ia telah meletakkan asas-asas peraturan hidup yang wajib dipatuhi oleh setiap umat Islam.
Al-Quran yang diperturunkan secara berperingkat-peringkat telah diangggap sebagai kitab suci yang telah berjaya merubah cara kehidupan umat Arab ketika itu daripada kehidupan jahiliah kepada kehidupan yang beradab dan bertatasusila.
Al-Quran membawa bersama-samanya cahaya penerang kegelapan kepada umat Arab ketika itu.
Nilai-nilai murni yang terkandung di dalam ayat-ayat suci itu telah berjaya menyemarakkan ketamadunan manusia seperti mana yang telah digariskan oleh Allah s.w.t.
Di samping nilai-nilai baik, dalam kitab suci ini juga dinyatakan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh mereka yang mengakui sebagai seorang Muslim.
Dalam lain perkataan al-Quran telah meletakkan panduan dan pedoman untuk umat Islam mencorakkan cara hidup yang diredai Allah.
Di dalamnya juga terkandung khazanah perbendaharaan ilmu yang maha luas untuk kita terokai.
Justeru, pada Ramadan al-Mubarak ini kita umat Islam digalakkan malah dituntut untuk mentadarus al-Quran bagi menghayati pengajaran dan nilai-nilai suci dan harmonis yang terkandung di dalamnya.
Terdapat hadis yang menyebut bahawa jika kita membaca al-Quran pada bulan Ramadan setiap huruf yang kita baca itu diberi ganjaran sepuluh pahala. Pahala itu dikira dari huruf alif lam mim.
Menyedari hakikat itu marilah kita bersama-sama berusaha untuk membaca dan menghayati ayat-ayat suci ini walaupun setahun sekali agar kita dapat membentuk keperibadian yang luhur dan kebersihan jiwa yang sememangnya dituntut oleh Islam.
Dalam dunia yang serba kompleks ini memang disedari bahawa untuk kita meluangkan masa mentadarus al-Quran adalah sesuatu yang cukup berat.
Bagaimanapun, kita percaya pada bulan Ramadan yang mulia ini dengan syaitan dan iblis dirantai adalah suatu tempoh waktu yang dikira sesuai untuk kita cuba menghayati isi kandungan al-Quran.
Sebenarnya, di dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang mempunyai kesan atau nilai intrinsik yang dapat melegakan stres kehidupan rutin kita.
Malah panduan bagi membentuk kerukunan sosioekonomi rumah tangga seperti sikap berjimat cermat dan hubungan interaksi sesama masyarakat turut diperoleh.
Maka, rebutlah ganjaran pahala, rahmat, kemaafan dan keberkatan Ramadan ini dengan memperbanyakkan amal ibadat khususnya membaca al-Quran dengan menghayati pengertian daripada ayat-ayat suci itu dan seterusnya berusaha mengamalkan pengajaran dan nilai-nilai murni yang dipeloporinya agar kita dapat membentuk keperibadian yang luhur dan kebersihan jiwa yang sememangnya didambakan oleh Islam.
Semoga selepas Ramadan kita akan menjadikan amalan mentadarus al-Quran sebagai kegiatan harian kita.