Wednesday, October 29, 2008

(awas, mengandungi unsur seram yang keterlaluan)

Tahyol paling besar zaman ini! Siapa sangka dalam zaman moden (malah ada yang kata dan masok post-modern) masih ramai lagi manusia yang percaya dengan perkara tahyol dan kurafat. Tok Iman kampong aku –Along Uyop – cakap, sesiapa yang percaya dengan kurafat ni boleh jatuh syirik. syirik itu bleh selewengkan akidah, boleh rosakkan iman. Maka, perkara tahyol ini mesti dibuang jauh - jauh. Tapi kini, aku melihat perkara tahyol ini makin berkembang dan membiak dalam masyarakat kini. Memang kepercayaan lapok ni ramai yang dah tak amal. Kuno, syirik, haram, dosa, neraka! tapi tak bermakna amalan lapok, dosa, neraka ini tak dipakai lagi. Cuma namanya sahaja yang ditukar supaya tak jadi dosa, malah jadi pahala! Tambah ajaib lagi, amalan tahyul ini dipakai oleh pak – pak menteri dan para sarjana dari University of Sintok! Terus dibai’ah sebagai dasar – dasar negara.
Tidak perlu untuk buka Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk paham tahyul ini. umumnya, tahyul adalah kepercayaan karut masyarakat ( folklore) yang disandarkan pada kekuatan metafizik yang berada di luar kawalan dan indera manusia. Mudahnya, percaya segala macam hantu – jembalang, pontianak, penanggal, antu kopek, toyol, monggol? - yang hanya dilihat oleh mereka yang percayakannya (atau yang penakut?). Tahyul juga wujud dalam bentuk pemujaan seperti puja nombor ekor, sembah kubur keramat, tilik nasib, mandi safar, dan beribu macam lagi sembah – sembah. Bahasa cerdiknya superstition - kepercayaan yang irrational bahwa kejadian di masa depan akan dipengaruhi oleh kejadian atau perilaku kita di masa kini, tanpa ada hubungan sebab akibat - Kucing hitam seringkali menjadi objek dalam superstition. Macamlah kucing tu ajaib sangat. Dan macam2 cara nenek moyang korang dulu pakai untuk halau sial. Sekarang ni pon pak menteri kita guna tahyol buat halau sial! Aku tak nak dituduh tukang buat fitnah. Maka aku khabarkan kisah yang mengandungi unsur – unsur mistik dan supernatural ini;
Maka kecohlah seluruh buana Negara Sekangkang Berok bagai digegar gempa, menceritakan perihal anak muda kini yang makin hari makin ramai yang dirasuk setan berita RTM (saluran Tipootemen Anda) melaporkan yang budak2 di utara Negara itu dah kerasukan. Budak2nya rambut mengerbang lepas ke pinggang, seluar jeansnya hanya sepasang, tu pon rabak bagai tak berwang, baik janta, betina masing – masing macam jembalang! Siap puja setan, macam la setan tu mak dieorang!
Surat khabar bUngkusan dan Berita Hairan pon tak ketinggalan buat liputan, dicanangnya yang belia kini dah sesat tak berTuhan, rupa – rupanya disampok setan pelesit, tu yang mereka siang malam dok merempit, celah lori pun mereka bleh selit, kereta Kancil senang2 diorang impit,bukan ape, lagi laju, lagi kuat awek kat belakang kapit!
Peninglah pak menteri, para bomoh dari kesatuan Bomoh Tipoo Negara (BTN) dan sarjana cerdik pandai dari University of Sintok duduk berbincang. Bagaimana nak selesaikan masalah kerasukan ini. puncanya dah dapat dikesan - jembalang Tanah, hantu raya dan agen yahudi dari Hollywood - yang cemburu dengan kesentosaan dan kegembiraan kita. Macamlah dieorang tu dah takde keje lain!
“Tapi bagaiman untuk menyembuhkan kerasukan nasional ini?” ujar Pak Menteri Sembam. Runsing sungguh air muka beliau.
“Kita patut asingkan budak2 yang lepas sekolah untuk kita pulihkan semangatnya,” terpancut idea BERNAS dari Pak Nur Din Kordi setiausaha Agong bomoh – bomoh Malaya yang pernah berura – ura nak jadi ahli majlis tertinggi parti Asal Uang Masok Negara Ok (AUMNO) .
“Wah, bijak sekali”! Sambut Timbalan Perdana Menteri merangkap menteri Kapal Selam. “Bagaimana pandangan PM?
“zzzzzzzzzz…” kata PM tanda setuju.
“Jadi siapa yang akan sediakan kem pulih semangat ni” Tanya Pak Menteri hidung belang.
“Siapa plak nak masak nasi untuk budak2 ni? Buat seragam? Basuhkan baju? Buat sijil? Bayar bomoh BTN? Lap pinggan?” berebut pak menteri aju soalan..
Tak pe, kita buak tender………jawap TPM dengan senyuman yang tak dapat ditahan2 lagi.
“Boleh PM?”
“zzzzz…..”PM.
Itulah barangkali situasinya dalam cabinet Negara yang amat runsing memikirkan masalah rasokan setan ini, sejak hari itu, budak budak lepas sekolah akan di masukkan dalam kem perlindungan untuk mengelakkan rasukan selama tiga bulan. maka sedikit masa lalu - tepatnya pada 30 Oktober 2002 - Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Program Latihan Khadam Negara..
….Dengan matlamat Bagi memupuk Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda., Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional, dan Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni..bertanyalah mamak di restoran Afaris Maju,
“Apa itu budak rempit2 sebab tarak semangat patriotism ka?
“ Itu integrasi nasional serupa itu barisan nasional ka? Mau bukin perpaduan tapi tarak mau gabung jadi satu”?
Lepas tiga bulan apa mau bikin..?
“Ini semua kerja orang percaya tahyol! Pakai ritual tiga bulan sudah cukup untuk selesai semua bala! Masalah dadah, rempit, judi,arak, perempuan,bohsia,bojan boleh selesai dengan ritual. Kurafat,kurafat, tahyol!!” marah Imam Along Uyup.
P/s; cerita ini adalah rekaan semata – mata tapi bukan untuk suka- suka.

No comments: